PENAFIAN

 

    Bahan dan maklumat dalam laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan, produk, maklumat, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau barangan lain, diberikan oleh SPNB Mesra Sdn Bhd atas dasar “seperti adanya” dan “sebagaimana tersedia”. Rujukan yang dibuat kepada bahan dan maklumat di laman web ini adalah termasuk bahan dan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga.

    SPNB Mesra Sdn Bhd tidak membuat sebarang jaminan tersurat atau tersirat, representasi atau pengendorsan termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana waranti hak milik, tiada pelanggaran, boleh niaga, kebergunaan, operasi, ketepatan, kualiti yang memuaskan, kebolehpercayaan, kesesuaian untuk sesuatu tujuan berkenaan dengan laman web, bahan, maklumat dan/atau fungsi di dalamnya dan jelas menolak tuntutan liabiliti untuk bahan, maklumat dan/atau fungsi yang ralat dan ketinggalan. Tanpa menjejaskan perkara di atas dan/atau terma dan syarat perjanjian berkenaan yang mengawal semua produk dan perkhidmatan SPNB Mesra Sdn Bhd, langkah-langkah munasabah akan diambil oleh SPNB Mesra Sdn Bhd untuk memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat berkenaan transaksi dan produk Rumah Mesra Rakyat.

    Selanjutnya, SPNB Mesra Sdn Bhd tidak menjamin atau menggambarkan bahawa akses kepada seluruh atau sebahagian laman web ini, bahan, maklumat dan/atau fungsi yang terkandung di dalamnya akan diberikan tanpa gangguan atau bebas ralat atau tidak akan ada kelewatan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan maklumat yang dihantar, bahawa tidak ada virus atau sifat pencemaran atau pemusnah akan dihantar atau tiada kerosakan akan berlaku kepada sistem komputer anda. Walau bagaimanapun, kecacatan yang dikenal pasti (jika ada) akan ditangani segera untuk memastikan bahan, maklumat dan/atau fungsi yang terkandung di dalamnya adalah tepat.

      Anda, hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Laman Web ini dan/atau mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini. Anda hendaklah bersetuju bahawa apa-apa Maklumat yang digunakan/didapatkan dari Laman Web ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini untuk tujuan Perkhidmatan adalah lengkap, tepat, boleh dipercayai, terkini dan bebas daripada kesilapan. Dalam apa keadaan SPNB Mesra Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Laman Web ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini.

     Dengan mengakses masuk ke Sistem RMR1M Online di Laman Web ini dan dengan menggunakan Perkhidmatan, Anda dengan ini akan mematuhi prosedur yang ditetapkan di dalamnya. Sekiranya Anda memilih untuk tidak menggunakan apa-apa langkah/prosedur untuk tujuan Perkhidmatan tersebut, Anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk pilihan yang dibuat dan tidak boleh meletakkan tanggungjawab ke atas SPNB Mesra Sdn Bhd untuk sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk bagi apa-apa kehilangan keuntungan, secara langsung, tidak langsung, gantirugi punitif, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Laman Web ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini

KELUAR